Nuffnang Ads

Sunday, 12 February 2017

Cara mengisi permohonan UPU Online bagi lepasan SPM 2016

       Assalamualaikum, nanpaknya sekarang UPU telah pun boleh di isi oleh bakal-bakal mahasiswa baru.  Walaupun sibuk, aku nak buat juga entry pasal UPU Online ni.   Sebab kengkawan asyik tanya ja.. macam mana nak isi UPU ni…..  aduhai..   Tak susah mana pun dik!    SPM lagi susah daripada nak isi maklumat dalam UPU online ni.  He..he..

Sebelum nak isi permohonan UPU Online ni, korang mesti  dah sedia maklum bahawa kita perlu beli ID unik di BSN terlebih dahulu… RM 15.64( termasuk GST).

Baiklah, tak perlu type panjang-panjang,( korang pun segan nak baca nanti..  ha..ha)


Mari ikut panduan ringkas  yang saya hasilkan ni ..

      1.   Mula-mula buka ‘pakcik google’  tekan UPU online J ; dan masuk ke portal rasmi BPKP



      2.    Bila dah masuk ke portal rasmi UPU online klik bahagian ‘Permohonan  UPUOnline’ 



 3.   Lepas klik, korang akan dibawa ke Tab lain( macam gambar kat bawah..)… seterusnya klik ‘Daftar Akaun Baru’  (lepas dah daftar akaun ni, baru korang boleh login ke Permohonan UPUOnline)




    4.  Ok, selesai dah daftar akaun semua.  Login ke UPU Online menggunakan no.ic  dan password yang dah dibuat tadi..( akan muncul paparan macam kat bawah ni).  Baca panduan ringkas yang disediakan terlebih dahulu… kemudian klik ‘Seterusnya’



  5.   Akan muncul paparan macam kat bawah ni, ( masukkan no.MyKAD, No. Unik ID, Jenis Permohonan, ProgramPengajian , dan Kategori..)..  kemudian klik ‘seterusnya’:






    6.     Akan muncul form macam kat bawah ni ( korang kena isi maklumat peribadi)….dah settle  isi maklumat peribadi, klik ‘Seterusnya’




  7.    Korang  perlu mengisi maklumat ibu bapa(no. Ic mak bapa pastikan ditaip dengan betul).>> klik ‘Simpan & Seterusnya’






 8.  Akan muncul ruangan maklumat akademik.(  pilih jenis sekolah semasa ambil SPM hari tu…JANGAN silap pula..),,  setelah itu(macam biasa) klik ‘Simpan & Seterusnya’….




   9.   Kita akan pergi ke ruangan Pilihan Program(UA), part ni yang perlu diberikan lebih perhatian dan memakan masa juga la, bagi aku( ini melibatkan masa depan kita beb…. Jangan main pilih ikut syok je.., kalau beli ikan temenung kat pasar tak pa la nak pilih ikut suka..).

Bidang yang paling korang suka letak pada pilihan pertama! ( minat bergantung pada diri korang yerr…)

Contonya saya suka bidang pertanian , maka letakkan ‘PERTANIAN DAN HAIWAN/ TERNAKAN’ pada pilihan bidang  yang pertama….

Seelok-eloknya semak syarat sesuatu program yang nak diambil( gunalah IMASCU atau E-Panduan yang disediakan ),cari  universiti mana yang ada tawarkan program yang korang suka,  selami diri untuk tahu minat kita yang sebenar,   jangan ikut minat kawan( korang  tak akan mati kalau terpisah selama beberapa tahun dengan  best friend yang  lama  korang  kenal  kononnya). Lepas belajar nanti jumpa balik lerr..

Kemudian klik>‘Simpan & Seterusnya’





    10.   Korang akan dibawa ke ruangan Pilihan Program( TVET).. kat sini pula ada empat Institusi( Politeknik, Kolej Komuniti, dan…..eerr  tak ingat pula)…
Kalau tak nak isi pun tak apa….   Boleh teruk klik>‘Simpan & Seterusnya’  ….      

  Saya isi juga, alang-alang  dah nak isi.. TVET pun ok juga apa..






     11.  Dah nak siap la ni..tandakan yang mana anda rasa sesuai ( pilih ya atau tidak)… kemudian klik> ‘Simpan & Seterusnya’





   12.   Lengkaplah segala butiran Permohonan UPU ni,   baca semula baik-baik  , takut ada yang silap tulis… bila dah siap semak klik ‘Seterusnya’





  13.   Akan muncul paparan macam kat bawah ni( Tandakan / pada kotak Perakuan Pemohon…..dan klik ‘Sah & Hantar’  






  14.    Seterusnya akan keluar pengesahan bahawa Permohonan UPU  telah berjaya dihantar..  Download Slip Permohonan Kemasukan Pelajar  dan simpan dalam format  PDF ke computer korang .



  15.   Macam kat bawah  ni  la slipnya..






  16.   Jangan lupa untuk LOG OUT!



Alhamdulillah, dah siap pun Permohonan UPUOnline , sekarang ni cuma nak  tunggu result SPM keluar , harap -harap  calon SPM 2016 bersedia ..dah tak lama…lagi pun calon SPM 2016 ni merupakan pelapis pertama yang melalui Pentaksiran Tingkatan Tiga(3)  iaitu peperiksaan yang ditambah elemen KBAT bagi mengantikan PMR..

Adakah  pelajar pelapis pertama yang telah didedahkan elemen KBAT  ini akan menunjukkan hasilnya pada SPM 2016???   Barangkali juga, mungkin  keputusannya  lebih baik daripada SPM 2015…

Segala usaha keringat telah dicurahkan semasa SPM 2016, KINI hanya doa dan tawakal kepada-NYA yang mampu mengubah segalanya…

Terima kasih. Anda pembaca yang rajin.



















No comments:

Post a Comment